Emas Public Gold

Emas Pos Malaysia.

Public gold Dealer Req

HOw to be Dealer PG

1gram per month

Gold Accumulation Program

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Nuffnang Ads

Monday, 19 October 2015

6 Kriteria penting memilih emas

"Ape beza dinar dengan gold bar ??"

"Ape dia emas 916, apekah plak emas 999 ??"

Ini lah soalan yang biasa di tujukan dari pelanggan saya. So, agak2 ape jawapan dari saya ye?

Ok di sini saya kongsikan jawapan saya untuk soalan di atas :

1) Harga lebih rendah

Harga di sini bermaksud cuba bandingkan harga pengeluar mana yang paling murah. Dapatkan harga per gram bagi setiap pengeluar. Tapi kena hati - hati, emas yang paling murah tidak semesti nya paling terbaik, sebab mungkin spread / susut nilainya sangat tinggi. Jika susut nilai nya sangat tinggi, maka bila nk jual balik harganya jauh lebih murah. (rugi woo).

2) Spread @ Susut nilai yang rendah

  Apakah itu spread atau juga dikenali sebagai susut nilai, ia bermaksud perbezaan harga jual dan harga beli emas dari sesebuah syarikat itu.

Friday, 29 May 2015

Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu


Apakah fungsi Ar- Rahnu ?

Ar Rahnu adalah sistem pajak gadai emas untuk dapatkan pinjaman bercagar dengan kadar SEGERA.

Di mana tempat pajak emas?

Pajak di mana-mana ar-rahnu (halal), bukan kedai pajak (haram), dan bukan juga di bank sebab bukan semua cawangan bank ada fasiliti ar-rahnu. Hanya bank tertentu dan cawangan tertentu sahaja yang sediakan fasiliti ar-rahnu. Di bawah ni saya senaraikan antara ar-rahnu yang ada di Malaysia:

Ar-Rahnu Exchange (francais Bank Rakyat)
Ar-Rahnu Bank Islam (Kelantan sahaja)
Ar-Rahnu KPMNJ (Johor sahaja)
Ar-Rahnu YBU (Perak sahaja)
Ar-Rahnu MAIDAM (Terengganu sahaja)

Ada lagi tak? Kalau ada lagi, sila bagi tahu saya (“,)

Apa yang anda perlu tahu, polisi setiap ar-rahnu berbeza-beza. Berapa nilai emas, apa dokumen yang diperlukan, berapa banyak pinjaman yang diberikan, berapa lama tempoh pinjaman, memang berbeza antara setiap ar-rahnu. Di bawah ni saya cuma bagi panduan umum sahaja.

Emas boleh dijadikan sumber tunai segera untuk para perniaga terutamanya.

Apa yang perlu di bawa?

Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.

Apa jenis emas yang diterima ar-rahnu?

Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.

Berapa banyak pinjaman akan diberi?

65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan ataupun Public Gold, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website.


Densimeter – alat penimbang & menguji ketulenan emas

Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.



Contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank

Berapakah caj yang dikenakan?

Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.

Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.

Berapa lama tempoh pinjaman?

Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.

Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?

Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).


Berdasarkan carta di atas, bila renew surat pajak, ar-rahnu akan tambah lagi pinjaman sebanyak RM1,300. Tapi apa akan berlaku kalau sebaliknya (harga emas turun)? Maka kita kena top-up (bayar) RM1,300 baru boleh sambung pajakan! Haa… Kat sinilah ramai pemajak tegar tersangkut pada tahun 2012 bila harga emas bergerak mendatar!




Mohd Azri bin Ruzalan
PG048893
0179660036
Damansara, KL.



Monday, 25 May 2015

Faktor- faktor yang mempengaruhi HARGA EMAS DUNIA

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.

Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.

Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

1. Untuk kegunaan industri

2. Untuk kegunaan pelaburan

3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara

4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas

5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

1. Lombong emas di seluruh dunia

2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat

3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat empat pasaran utama/terbesar emas didunia iaitu London, New York, Hong Kong dan Zurich (Switzerland).

Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat kat www.kitco.com

Bagaimana harga emas harian dibuka?

Ok, Kalau anda ingin tahu bagaimana harga emas harian dibuka untuk dagangan, ini ceritanya…

Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).

5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

Ok, itu sahaja maklumat berkenaan faktor yang mempengaruhi harga emas. Jika ada soalan, sila letakkan di bahagian komen atau ruangan sembang-sembang emas.

Sekian,

Mohd Azri bin Ruzalan
PG048893
0179660036

Saturday, 23 May 2015

Langkah - langkah untuk MEMBINA KEKAYAAN BERKESAN


Kekayaan satu perkataan yang amat digemari oleh semua golongan masyarakat. Tetapi tidak semua orang kaya di dunia ini. Ini kerana pelbagai rintangan yang perlu di hadapi sebelum seseorang itu mendapat kekayaan.

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit Langkah - langkah untuk Membina Kekayaan :

1) Simpanan anda (SAVING)


Betul ! Kekayaan bermula dari simpanan anda. Jadi anda haruslah menyimpan secara konsisten setiap bulan. Contoh nya, anda simpan RM150 setiap bulan ke dalam satu akaun bank yang anda tidak akan usik duit tersebut.

2) Elakkan KEBOCORAN 

Ape itu kebocoran? Itu adalah kebocoran duit anda,,anda belanjakan duit tersebut.

a) Nafsu berbelanje
Berbelanja ikut kepentingan sahaja, bukan ikut nafsu. Macam mana nk kurangkan nafsu berbelanja,,cara dia mudah sahaja,,ikut Langkah #1 di atas iaitu SAVING !!

b) Laburkan duit di tempat yang salah (Wrong investment)
- Skim cepat kaya
- Bisnes MLM
- Pinjam duit pada org lain

3) Tingkatkan simpanan (GROW THAT MONEY )

a) Panduan dari orang yang berpengalaman bagi meningkatkan simpanan anda.
Cthnya, simpan duit secara tukar dalam EMAS (Akaun GAP)

b) Pergi Bengkel atau Seminar bagi meningkatkan ilmu anda dahulu barulah simpanan anda meningkat.
 Kesimpulan nya, ketiga -tiga Langkah di atas haruslah di ambil secara serentak barulah ia BERKESAN. 
SAVING >> MONEY  >> GROW THE MONEY  
Sekian dari.

Mohd Azri bin Ruzalan
PG048893
Dealer Public Gold
0179660036
Area Damansara.





Thursday, 21 May 2015

Mudahnya Membeli & Menyimpan Emas dengan GAP Public Gold

Berminat nk beli emas? Tetapi modal kecik - kecik sahaja.

Bajet dalam lingkungan RM150 - RM200, jangan risau anda masih mampu untuk memiliki emas serendah modal tersebut. Kini Public Gold telah melancarkan satu  kaedah pembelian terbaru iaitu Gold Accumulation Program (GAP) bagi membantu orang ramai memiliki emas dengan modal yang rendah.

Kemudahan GAP Public Gold


Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:


1) Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.

2) Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.

3) Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa.
Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.

4) Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.

5) Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.

6) Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.

Kelebihan pembelian melalui GAP :


1) Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.

2) Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.

3) Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.

4) Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.

Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi siapa nak beli GAP, ini langkahnya:

Langkah #1 : Bank-in Duit Ke Akaun Public Gold

Bank-in duit ke 5571-3923-8048 (Maybank) atau 3167-52-0833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”.

So,Berapa banyak kena bank-in?

Sebelum bank in, semak dulu harga per gram di website Public Gold. Harga GAP disemak sehari sekali. Harga akan berubah selepas jam 12.00 malam. Kalau nak bank-in duit hari ni, kena bayar ikut harga hari ni. Kalau nak bank-in esok, kena bayar ikut harga esok. Jangan bank-in lebih!




Harga GAP disemak sekali sehari. Harga berubah jam 12.00 malam. Bank-in duit genap-genap mengikut berapa gram yang anda nak beli. Jangan bank-in mengikut harga RM100 tu sebab saya khuatir tak patuh syariah.

Lepas bayar, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my . Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada azri.ruzalan@gmail.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.

Dalam email tu, letakkan maklumat anda supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Kalau isteri saya nak beli GAP, dia akan emailkan maklumat di bawah bersama dengan slip bayaran:

Nurul Ashikin (nama penuh)
930312-04-1011 (no. ic)
017-6651011 (no. telefon)
ekyn92@gmail.com (email)

RM150 (jumlah pembayaran)
22.5.2015 (tarikh pembayaran)
02.30PM (masa pembayaran)
PG048839 Mohd Azri bin Ruzalan (introducer)

Langkah #2 : Sms atau Whatsapp Maklumat Ke 017-4866 916

Lepas tu, hantarkan maklumat di langkah #1 tadi melalui sms atau whatsapp ke 017-486 6916 (simpan no. telefon ni) untuk Public Gold keluarkan GAP Statement. Ikut format yang saya tunjuk ni.


1) Maklumat anda

- Name
- No IC
- No Telefon anda
- Email

2) Maklumat pembayaran


- Jumlah pembayaran
- Masa
- Tarikh pembayaran

3) Maklumat Introducer

- PG048893
- Mohd Azri bin Ruzalan

Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, boleh letak nama saya atau mana-mana dealer sebagai introducer. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold. Kalau nak letak nama saya sebagai introducer, kod saya PG048893, Mohd Azri bin Ruzalan.


Langkah #3 : Simpan GAP Statement dan Slip Bayaran

Dalam masa dua (2) hari bekerja, Public Gold akan emailkan penyata GAP ni. Simpan penyata ni baik-baik bersama dengan resit bayaran original untuk rekod.

Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Untuk persoalan tentang prosedur tambah lagi simpanan GAP, atau cara nak jual balik GAP tu, boleh baca panduan yang Public Gold sediakan (KLIK DI SINI).


Sekian dari saya,


Mohd Azri bin Ruzalan
PG048893
0179660036







Wednesday, 20 May 2015

Promo Dealership RM20k - (20 May 2015)

Alhamdulilah kepada semua customer baru atau lama yang berhasrat untuk menjadi Dealer, bermula hari ini Public Gold melancarkan promo terbaru iaitu :

Dengan setiap pembelian Gold Accumulation Program (GAP) dalam satu resit sebanyak RM20k atau ke atas :


1) Untuk account baru
  • Percuma RM300 Cash Voucher
  • Dapat menjadi "Dealer"
2) Untuk yang sudah ada Akaun Public Gold

  • Percuma Rm 300 Cash Voucher
**Terhad kepada 1st 50 transaction sahaja.


*Sumber maklumat daripada Tuan Mohd Zulkifli Shafie (Master Dealer PG 002369)


Friday, 15 May 2015

Produk - produk keluaran Public Gold

1) Gold Bars



#1gram gold bar stock Birthday

#1gram gold bar stock Wedding


#1gram gold bar stock Raya



#10 gram gold bar



2) Dinar - 22k & 24k

Dinar keluaran terbaru adalah 24k iaitu ketulenan 999.9 manakala dinar yang lama 22k ketulenan 916. Harga dinar 24k adalah sedikit mahal berbanding 22k disebabkan ketulenan emas itu.









Public Gold Authorised Dealer
Mohd Azri bin Ruzalan
PG048893
0179660036

Wednesday, 6 May 2015

Menjana KEUNTUNGAN dengan emas? Bagaimanakah??





Emas sememangnya ada nilai tersendiri sejak zaman dahulu lagi. Jika di bandingkan dengan zaman sekarang wang kertas, nilai itu ada pada kertas dan kemungkinan menghadapi inflasi. Tetapi emas tetap sama, nilai dia bergantung pada berat dan ketulenan emas itu.

Berikut adalah cara - cara untuk menjana keuntungan dengan emas :

1. Beli dan Simpan


Beli emas dan simpan untuk satu masa jangka panjang masa panjang, sekurang - kurang 1-2 tahun. Jual hanya bila keadaan terdesak untuk menggunakan duit.Harga emas sentiasa naik dalam jangka masa panjang sebab duit kertas sentiasa susut dari tahun ke tahun di makan inflasi.


2. Beli Jual, Beli Jual

Jadikan emas sebagai alat untuk „trading‟ macam saham. Prinsipnya, “beli harga rendah, jual harga tinggi”. Ulang proses ni secara kerap. Untuk kenalpasti bila harga emas dianggap rendah, dan bila dianggap tinggi, sehinggalah anda membuat belian pertama. Kerana, untuk belian kedua dan seterusnya adalah sudah boleh bandingkan harga dengan belian pertama itu.

3. Berniaga Sambil Simpan Emas

Cara paling cepat untung dalam pelaburan emas ialah berniaga emas sambil menyimpan emas. Pelabur emas untung hanya bila harga naik, tapi peniaga emas untung besar juga bila harga emas turun. Dengan platform Public Gold, penyimpan emas boleh jana keuntungan besar walaupun secara sambilan sebab dealer mempunyai 6 sumber keuntungan.


Public Gold Authorised Dealer
Mohd Azri bin Ruzalan
PG048893
0179660036

Tuesday, 5 May 2015

Cara Untuk Beli Emas Public Gold Secara Online

4 Langkah Mudah Membeli Emas Public Gold


1)  Register di Website Public Gold 
2) Lock Harga (Place Order)
3) Buat Bayaran kepada Public Gold
4) Ambil Emas

Langkah 1#  : Register di Website Public Gold



Paparan a# : Masuk ke website www.publicgold.com.my dan tekan "Login"



Paparan b# : Tekan butang "Register" 





Paparan c# : Isikan maklumat anda, Nama, nombor IC, Email, No Telefon, Branch terdekat.

Masukkan maklumat dealer anda. Contoh jika anda berminat saya sebagai dealer anda, letak PG code saya iaitu PG 048893 dan tekan butang "Check Introducer" ,maka nama saya akan terpapar sebagaimana di atas "Mohd Azri bin Ruzalan".




Paparan d# : Selepas itu, sila semak email anda, Public gold akan hantar satu email activation untuk anda.






Paparan e# : Masuk ke website Public Gold dan isikan Temporary Username & Password yang diberikan. 
TAHNIAH !! Selesai sudah pendaftaran anda.


Langkah 2#  : Lock Harga (Place Order)




Paparan 2a# : Tekan "Place Order"




































Paparan 2b# : Masukkan branch terdekat dan pilih item yang anda hendak berserta kuantiti barang tersebut.

Langkah 3#  : Buat bayaran kepada Public Gold

Lepas klik “Confirm Order”, sistem web Public Gold akan emailkan Booking Order (BO) on-the-spot. Anda dah boleh buat bayaran terus berdasarkan Booking Order tu atau tunggu sehingga anda terima email Sales Order (SO) seperti di bawah. Kalau tak terima SO dalam masa 2 hari, bagi tahu dealer untuk dia follow-up dengan Public Gold. Bila dah terima SO, semak dan pastikan maklumat tepat sebelum buat bayaran. Kalau berlaku kesilapan dalam SO tu, bagi tahu dealer untuk minta Public Gold buat pembetulan.




Bila terima SO, pastikan anda buat bayaran dengan cara bank-in duit ke akaun Public Gold (Maybank atau Public Bank) dalam masa 1 hari bekerja (atau selewatnya 4 hari). Pastikan anda simpan bank-in slip / bukti bayaran ORIGINAL baik-baik. Public Gold tak akan benarkan barang diambil tanpa bukti bayaran original.



**Peringatan - Sila buat pindahan wang (tranfser money online) dan elakkan dari buat "deposit money" di deposit machine atm kerana kadang- kadang mesin kehabisan resit dan di sini masalah timbul, tiada bukti untuk mengesahkan anda telah membuat pembayaran.

Lepas buat bayaran, terus emailkan bukti bayaran kepada payment@publicgold.com.my untuk mereka sahkan yang anda telahpun buat bayaran. Kalau bayaran tak diterima dalam tempoh yang ditetapkan (10 hari), anda boleh dikenakan penalti ataupun nama di blacklist

Langkah 3#  : Ambil Emas

Lepas selesaikan bayaran, anda boleh ambil emas pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan. Lepas tempoh 2 bulan, Public Gold akan kenakan upah simpanan 1.0% setahun. Bila nak datang ambil, jangan lupa bawa sekali (1) Bukti bayaran original, dan (2) Salinan Sales Order. Tapi kena call dulu office Public Gold, bagi no. Sales Order untuk dia semak samada dah boleh ambik ke belum, dan yang keduanya, supaya dia boleh proses awal-awal. Tak perlu menunggu lama-lama di office Public Gold untuk dapat emas tu.
Anda boleh cek no. telefon terkini semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia di website Public Gold (www.publicgold.com.my), bahagian “Contact Us > Branch Details“. Dan kalau ada apa sahaja masalah, boleh mintak bantuan Introducer (Dealer) anda.
Sekian dari saya,


Public Gold Authorised Dealer
Mohd Azri bin Ruzalan
Kod Dealer : PG048893
(0179660036)
Sri Damansara